Blog Oleh Seorang Hamba Allah Yang Selalu Memendam Segala Rasa Hati Hingga Kadang Hampir Hilang Kawalan Diri.. Syukur Allah Sentiasa Melindungi.. Di Sinilah Tempat Untuk Insan Lemah Tersebut Menyuarakan Isi Hati Tanpa Ada Kengkangan..

Saturday, December 12, 2009

Membina Impian Itukan Percuma

Dengan nama Allah Yang Maha Pengampun...


Jika dikurnia Allah rezeki yang tidak disangka-sangka
Yang teramat banyak jumlahnya
Akan aku zakatkan secukupnya
Aku akan segera melunaskan hutang-hutangku dan hutang ahli-ahli keluarga juga
Akan aku sedekah pada yang yang berhak menerima
Akan ku bawa keluarga bercuti sama-sama
Akan ku bina keidaman selesa
Akan ku cari rezeki dengan cara yang lebih sesuai jiwa dan cinta dan punya masa untuk  dalami Al-Quran dengan sempurna agar ilmunya dapat ku kongsi bersama




Jika Allah memberi peluang bertemu jodohku di dunia
Aku mohon dipertemukan dengan insan yang menyintaiMu sepenuh hatinya
Yang menerimaku seadanya
Yang menghormati insan lain dengan seikhlasnya
Yang punya rasa tanggungjawab pada keluarga
Yang rendah diri lembut hatinya
Yang punya tolak ansur dalam melayari bahtera
Yang sentiasa berusaha mencipta bahagia
Yang melengkapi diriku dengan kelebihannya
Yang dapat ku lengkapi dengan kelebihanku *sekiranya ada*

Gagal Untuk Merancang, Merancang Untuk Gagal

Dengan Nama Allah Yang Agung Lagi Mahu Mengasihi
Pepatah yang aku pilih sebagai tajuk hari ini memang terbukti benar bagi diri aku. Aku memang tak pernah merancang perjalanan hidup aku di dunia ini.. Aku hanya mengikut arus. Kesannya??
Hingga kini aku tak mengumpul apa2 harta hatta wang sekali pun setelah berbelas tahun bekerja..
Hingga kini aku tak kahwin2 lagi walau usia semakin dimamah usia..
Hingga kini aku kais pagi makan pagi, kais petang makan petang hingga sukar untuk aku sendiri terima..
Hingga kini aku tak pernah pergi bercuti ke lokasi idaman..
Hingga kini aku masih terus melakar rumah idaman tapi masih setia mendiami rumah lama peninggalan orang tua..
Hingga kini aku masih berimejkan seorang wanita yang tiada istimewanya
Aku terlalu BIASA...
Tapi..
Aku bukan kesal
Aku cuma lambat..betul2 lambat menyedari
Peri pentingnya aku merancang dan melaksana
Melihat teman-teman seangkatan
Punya keluarga yang nampak bahagia
Punya masa dan wang melancong ke negara orang
Punya mahligai indah selesa
Aku tersedar..
Ke mana arah hidup aku kini?
Masihkah..
Belum terlambat untuk aku
Menyusun kembali jejak ku
Agar dapat aku gapai apa yang sudah lama dimiliki teman lain
Melihat kembali potensi diri
Ya Allah.. Tuhan yang Agung tiada tandingan
Redhakanlah hati hamba dengan apa yang berlalu
Kuatkan azam hambaMu untuk mengatur perjalanan ke hadapan
Moga ada waktu bersisa untuk hambaMu menggapai satu-persatu impian yang terlewat
Moga tidak sumbang langkah ku nanti
Moga perancangan ku sentiasa dalam jalanMu
PadaMu jua aku memohon petunjuk
Redhakanlah aku..
Salam dan selawat ke atas nabi s.a.w. rasul pilihan
Ameeen..

Sunday, December 6, 2009

Aku Nak Cantik Juga!!!



Dengan nama Allah yang Maha Tinggi lagi Maha Agung..

Aku memang bukan wanita cantik
Tapi pada pendapat aku sendiri, aku bukan buruk sangat **bersyukur dengan apa yang ada**.

Benar.. segala masalah kulit muka ada pada aku..
Jerawat, bintik hitam, bintik putih, berminyak, kusam, pori terbuka, parut lubang, parut hitam, kendur..
**Namakan apa saja..**

Aku berusaha segala upaya
Duit habis usah cerita
Telan ubat bertahun lama
Akhir dapat masalah lain pula

Aku masih terus berusaha
Rasa rendah diri selalu menjelma
Terutama bila dikelilingi wanita jelita
Rupa muda walhal sebaya

Aku berpegang pada yang Satu
Diduga dicuba bukan sia-sia saja tu..
Selagi tabah dan redha selalu
InsyaAllah dosa-dosa akan berlalu

PadaMu Allah aku mohon jua
Izin ku miliki wajah idaman hamba
Tanpa ada rasa riak didada
Sekadar ingin yakin di persada

Mohon elok akhlak dan budi pekertiku
Seelok wajah kau beri padaku
Yakin Kaulah jua pelindungku
Moga tak tersesat aku dengan kurniaMu
Ya!!!
Yang ku miliki sekarang ada hikmah buat ku
Cuma aku yang tak tahu..

Saturday, December 5, 2009

Aku Benci Aku!!

Dengan Nama Allah Yang Agung lagi Maha Mengetahui...

Aku benci diri aku..
diri aku yang satu lagi..
diri aku yang tak pernah mahu berubah..
kearah yang lebih baik..

Aku mahu rumah yang sentiasa bersih dan kemas..
tapi aku yang satu lagi malas mengemas dan membersih..

Aku mahu solat subuh di awal waktu..
tapi aku yang satu lagi pasti tidur kembali bila sudah dikejut azan..

Aku mahu awal tiba di tempat kerja..
tapi aku yang satu lagi pasti mangajak aku tidur semula selepas subuh yang sememangnya sudah kesiangan..

Aku mahu siapkan tugasku..
tapi aku yang satu lagi pasti mengajak aku bersantai.. lantas tugasku tak usai..

Aku mahu tidur dalam bersedia..
dengan membersih diri, solat dan doa..
tapi aku yang satu lagi pasti mangajakku tidur sebentar tanpa itu semua kerana kononnya akan bangun semula sejurus nanti untuk melakukan semua itu..
tapi aku tewas hingga ke pagi..

Aku mahu tahajud setelah ku titip doa untuk bangun sepertiga malam..
benar aku tersedar tepat masanya..
tapi aku yang satu lagi mengatakan.. sebentar nanti... lantas tidur kembali..

Sekarang..
Aku dan aku yang satu lagi akan ku satukan..
Aku akan bermujahadah untuk menarik aku yang satu lagi ke arah kebaikan..
Akan ku buang sikap malas dan bertangguh..

Ya Allah.. padamulah aku bermohon di beri kekuatan..
Jadikanlah hari2 mendatang lebih baik dari yang sebelumnya..
Tingkatkan amal dan taqwa ku..
Aku mohon redha mu Ya Allah...
Makbulkanlah.. Amin

Kenapa Begitu Telus???

Dengan nama ALLAH yang Maha Pemurah Lagi Maha Mengasihi....

Saban hari meloncat dari satu blog ke satu blog, juga melayari lontaran rasa teman-teman di fb, aku bimbang..

Bimbang dengan ketelusan teman-teman mempamerkan rasa kurang enak tentang sesuatu yang terang2 akan menyebabkan reputasi diri terjejas..

Seperti seorang pengantin perempuan yang mengutuk pakaian pengantin yang dipilih oleh keluarga mertua, di facebook beliau.. berkata2 di fb umpama berkata2 di hadapan orang yang dimaksudkan..Apakah hubungan beliau dengan mertua akan berjalan lancar?? Seperti seorang isteri menyuarakan rasa benci bermalam di kampung suami.. Apakah mertua akan bangga dengan menantu sebegini??

Benar... kita mesti ikhlas dengan kata2.. TETAPI.. sekiranya kata2 yang bakal keluar bukan untuk menasihati tapi untuk menyakitkan hati pihak lain, baik diam dan munasabah diri..!! Ini ingatan untuk aku juga..!!!!

Baru aku sedar...

Bismillahirrahmanirrahim..

Baruku sedar yang aku menyukai lelaki yang berbudi pekerti tinggi..
Serta lembut tutur kata dan gayanya..
Tapi..aku sendiri??
Oh Allah.. Kurniakanlah aku semangat dan azam yang tinggi untuk memperbaiki diri
Meski ku kira sudah terlewat kini..
Namun masih ada secebis harapan
Aku masih sendiri kini tapi mungkin bukan selamanya..
Allah maha tahu apa terbaik buat ku
Aku redha..