Blog Oleh Seorang Hamba Allah Yang Selalu Memendam Segala Rasa Hati Hingga Kadang Hampir Hilang Kawalan Diri.. Syukur Allah Sentiasa Melindungi.. Di Sinilah Tempat Untuk Insan Lemah Tersebut Menyuarakan Isi Hati Tanpa Ada Kengkangan..

Saturday, December 12, 2009

Gagal Untuk Merancang, Merancang Untuk Gagal

Dengan Nama Allah Yang Agung Lagi Mahu Mengasihi
Pepatah yang aku pilih sebagai tajuk hari ini memang terbukti benar bagi diri aku. Aku memang tak pernah merancang perjalanan hidup aku di dunia ini.. Aku hanya mengikut arus. Kesannya??
Hingga kini aku tak mengumpul apa2 harta hatta wang sekali pun setelah berbelas tahun bekerja..
Hingga kini aku tak kahwin2 lagi walau usia semakin dimamah usia..
Hingga kini aku kais pagi makan pagi, kais petang makan petang hingga sukar untuk aku sendiri terima..
Hingga kini aku tak pernah pergi bercuti ke lokasi idaman..
Hingga kini aku masih terus melakar rumah idaman tapi masih setia mendiami rumah lama peninggalan orang tua..
Hingga kini aku masih berimejkan seorang wanita yang tiada istimewanya
Aku terlalu BIASA...
Tapi..
Aku bukan kesal
Aku cuma lambat..betul2 lambat menyedari
Peri pentingnya aku merancang dan melaksana
Melihat teman-teman seangkatan
Punya keluarga yang nampak bahagia
Punya masa dan wang melancong ke negara orang
Punya mahligai indah selesa
Aku tersedar..
Ke mana arah hidup aku kini?
Masihkah..
Belum terlambat untuk aku
Menyusun kembali jejak ku
Agar dapat aku gapai apa yang sudah lama dimiliki teman lain
Melihat kembali potensi diri
Ya Allah.. Tuhan yang Agung tiada tandingan
Redhakanlah hati hamba dengan apa yang berlalu
Kuatkan azam hambaMu untuk mengatur perjalanan ke hadapan
Moga ada waktu bersisa untuk hambaMu menggapai satu-persatu impian yang terlewat
Moga tidak sumbang langkah ku nanti
Moga perancangan ku sentiasa dalam jalanMu
PadaMu jua aku memohon petunjuk
Redhakanlah aku..
Salam dan selawat ke atas nabi s.a.w. rasul pilihan
Ameeen..

No comments:

Post a Comment